Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cawangan Khas Lakukan Kerja...

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa,...

Video: Kena ‘Lauk’ Lepas...

KUALA LANGAT - Rakaman video menunjukkan beberapa individu memukul seorang lelaki di tengah...

Akibat Tekanan PH, Najib...

BUNTU... Bimbang aib besar, kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin terdesak apabila agensi penguatkuasaan...

Anggota Polis Maut Ketika...

SUNGAI PETANI - Seorang anggota polis maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan raya...

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang tular kini berpunca daripada kesilapan terdahulunya pada tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata dia rapat bersama Muaz demi membuatkan suaminya, Aliff Aziz cemburu yang ketika itu curang dengan dua orang wanita.

“Sebenarnya sejak semalam saya mengetahui perkara ini dari rakan-rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?

“Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lepas. Ia sudah lama dan niat saya adalah untuk buat suami saya cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang Aliff.

“Jadi bila saya menggunakan seseorang untuk buat suami saya cemburu, kerana pada ketika itu dia curang bersama dua wanita yang lain dan tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dia dan dengan cara itu saya harap dia beri perhatian dan cemburu,” katanya.

Ternyata Bella dapati niatnya itu mungkin kurang baik sehingga melakukan kesilapan itu. Bagaimanapun, semuanya sudah dijelaskan dan diketahui sendiri Aliff dan juga keluarga.

“Budak lelaki ini baik. Bila kita tak dihargai, rasa macam sampah jadi bila ada seseorang yang memberi perhatian, saya akui saya manusia biasa dan ini adalah kesilapan saya yang pertama saya selama 10 tahun saya bersama dengan Aliff.

“Bagaimanapun kita sudah berbaik dan berdamai dengan seluruh keluarga. Bukan hanya dengan Aliff sahaja tapi dengan keluarga di Singapura dan keluarga saya juga. Kami sudah bermaafan dan bercuti ke Pulau Pinang jadi tiada masalah apa-apa.

“Aliff pun sudah letak penutup di situ dan katakan dia masih sayangkan saya. Selepas kejadian itu saya nampak dia hargai saya. Saya pun fikir saya buat kesalahan dan kena taubat.

“Ini adalah kesalahan saya dan saya pun sudah minta maaf,” katanya yang mengakui hubungan mereka suami isteri kembali jernih selepas kejadian itu.


Namun perubahan Aliff tidak lama. Kata Bella, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran bersama Ruhainies.

“Bila dia mula penggambaran dengan Ruhainies, dia sudah tukar ‘password’. Jadi mungkin mereka nak menutup kes khalwat itu, mungkin sudah tiada senjata, mereka gunakan kes saya.

“Di mana Aliff tidak sedar ke Ruhainies menggunakan dia. Sedangkan Aliff apa yang saya ada mengenai dia. Ini semua saya luahkan pada kali pertama. Hanya Aliff yang ada gambar saya dan Muaz.

“Orang marah cakap saya bodoh tapi orang tak tahu bagaimana saya sayangkan rumah tangga saya. Saya mahu anak-anak saya ada ibu bapa yang lengkap jadi saya berkorban,” katanya.

Terdahulu, Bella menjadi bualan ramai apabila didakwa mempunyai hubungan asmara dengan pelakon baharu, Muaz. Akaun TikTok dikenali @edisiumat memuat naik beberapa tangkap layar didakwa perbualan Bella bersama Muaz.

Pendedahan dibuat itu turut memaparkan tangkap layar perbualan mesej Bella dan Muaz saling berbalas menggunakan kata-kata panggilan mesra. Hubungan terbabit didakwa sudah berlangsung sejak Oktober tahun lalu.

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Kemudian Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres pada 13 Mac.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

HarianMetro-

1 komen

  1. Skyrocket Your Visibility with High-Quality Guest Posts & Premium Link Building!**

    Experience top-tier SEO solutions with our 5-star Fiverr Pro gig!

    **Our Services:**
    – Premium SEO Guest Posts
    – High Authority, High Traffic Links
    – Tested and Proven, Following Google’s Recent Updates

    **Perks:**
    – Boost Your Search Engine Rankings
    – Increase Visibility and Organic Traffic
    – Overwhelmingly Positive 5-Star Reviews

    Don’t miss out on this opportunity to enhance your SEO plan with a proven expert.

    => Visit our Fiverr Pro Service! https://go.fiverr.com/visit/?bta=570412&brand=fiverrcpa&landingPage=https252F%252Fwww.fiverr.com252Fgenerate-niche-seo-traffic-backlinks-via-blogger-outreach-1dd8 <= **

    Your path to better visibility starts here!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori