Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Susah Sangatkah Nak Berdiri...

APA yang dapat anda simpulkan apabila melihat gambar di atas?Ia dirakamkan sewaktu lagu...

Kualiti Udara Singapura Kekal...

SINGAPURA - Jerebu masih menyelubungi Singapura hari ini walaupun keadaan bertambah baik pada...

AC Mizal Nafi Ada...

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid...

Jenazah 5 Beranak Mati...

KUALA NERUS - Jenazah lima sekeluarga yang mati lemas ketika berkelah di Air...

Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera, Kejadian Berbalas Tembakan Di Kunak

LAHAD DATU [DIKEMAS KINI] Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu cedera dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak pada pagi Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan penjenayah.

Sementara itu, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts Dr Suzanna Razali Chan berkata, kedua-dua anggotanya itu berada di dalam bot Banggi 48 bagi menjalankan Op Khas Pagar di perairan tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan laporan awal, terdapat tiga suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan ke arah bot Banggi 48.

“Bot Banggi 48 cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan bagi di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi, Kunak.


“Sebaik pasukan peronda cuba menghampiri, suspek bertindak melepaskan empat das tembakan bagi mengelak daripada anggota bot peronda Maritim Malaysia menghampiri mereka.

“Ketika kejadian. berlaku pergelutan semasa berbalas tembakan sehingga menyebabkan kecederaan pada dua anggota Maritim tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya lagi, suspek meloloskan diri dengan memecut bot tersebut beredar dari lokasi kejadian.

“Berikutan kejadian itu, Maritim Malaysia telah menggerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim serta pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes ini serta mengesan kesemua suspek terlibat.

“Dalam pada itu, kedua-dua anggota Maritim Malaysia yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan segera,” katanya.

SinarHarian-

8 KOMEN

  1. You’re welcome! I appreciate your willingness to engage further. If you have any specific questions or topics you’d like to delve into, feel free to share them. Whether it’s about recent developments in technology, intriguing scientific discoveries, captivating literature, or anything else on your mind, I’m here to provide insights and assistance. Simply let me know how I can help, and I’ll be happy to assist you further!

  2. Wow, awesome weblog structure! How long have you ever been running a blog for?
    you made blogging glance easy. The whole look of your website is
    wonderful, let alone the content! You can see similar here
    ecommerce

  3. What i do not understood is if truth be told how you’re not
    really a lot more smartly-liked than you might be
    now. You are so intelligent. You understand therefore significantly on the subject of this matter, made me individually imagine it from a lot of various angles.
    Its like women and men aren’t involved until it is something to accomplish
    with Woman gaga! Your own stuffs excellent.
    All the time handle it up!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori