Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Genting Nafi Dakwaan Tali...

KUALA LUMPUR - Genting Malaysia Berhad menafikan dakwaan konon berlaku kejadian tali kereta...

Kerajaan PH Hapuskan Semua...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) nampaknya takut betul dengan jenama 1 Malaysia yang diilhamkan...

Tabung Haji Umum Agihan...

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kadar agihan keuntungan selepas zakat...

Permohonan i-Sinar Diluluskan Bermula...

KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55...

Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’

PONTIAN: Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap individu yang memuat naik hantaran di media sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Jumaat lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata tindakan tegas membabitkan undang-undang itu perlu bagi memberi pengajaran supaya isu bangsa, agama dan raja (3R) yang boleh mencetuskan sentimen perkauman, tidak disentuh sewenang-wenangnya.

“Sudah dinyatakan dengan tegas sebelum ini bahawa penghinaan terhadap bangsa, agama dan raja adalah isu 3R yang amat sensitif.

“Oleh itu, wajar individu berkenaan diambil tindakan segera lebih-lebih lagi selepas laporan polis dibuat oleh 26 bahagian Pemuda UMNO Johor.

“Ia penting supaya tindakan undang-undang dikenakan terhadap individu yang memuat naik hantaran yang menyentunh 3R, jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi api dalam sekam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni penduduk Benut, di sini, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook yang dipercayai sudah dimuat turun itu, antara lain individu berkenaan menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk Sultan dan Agong ketika solat Jumaat di negeri ini.


Beliau juga dilaporkan mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan dikenali sebagai Hezry Yasin, didakwa sebagai Pengarah Media Baharu Pemuda PAS Selangor.

Dalam pada itu, Ahmad yang Timbalan Menteri Kerja Raya turut menyokong penuh tindakan Pemuda UMNO Johor yang mengarahkan kesemua 26 bahagian sayap membuat laporan polis terhadap individu tersebut.

“Laporan polis itu wajar sebagai tindak balas kepada penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Ketua Agama dan Pemerintah Negeri Johor yang menaungi rakyat negeri ini.

“Bagaikan tidak serik-serik kerana masih ada pihak yang masih memainkan isu 3R yang menyentuh isu agama, raja dan kaum walaupun pelbagai peringatan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori