PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menamatkan perkhidmatan Agensi Pengendali Permohonan Visa Malaysia (APPVM), bermula dengan Bangladesh pada 1 Januari lalu.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penamatan bagi lain-lain negara sumber termasuk dua negara bukan sumber iaitu Singapura dan Hong Kong akan dibuat pada 31 Mei ini, manakala bagi China pula akan dibuat pada 31 Disember ini.
“Objektif utama penamatan ini untuk mempertingkatkan kecekapan proses pengambilan pekerja asing dengan mengurangkan lapisan birokrasi yang perlu dilalui majikan.
“Selain daripada itu, majikan tidak lagi dibebankan dengan kos yang perlu dibayar kepada APPVM,” katanya kepada pemberita hari ini.
BHonline-