Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Cecair Merkuri Tumpah Di...

MARANG - Sepasukan Unit Bahan Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Hazmat) terpaksa...

Pahang Sasar Selesai 90...

Kuantan : Kerajaan negeri menyasarkan masalah bekalan air di Pahang dapat diselesaikan sekurang-kurangnya...

Hadi Tak Pernah Kemuka...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah memberi...

Video: Lagi Kejadian Pandu...

LAGI kes kereta dipandu melawan arus, kali ini dalam satu kejadian di Lebuhraya...

Kereta Terbabas, Terbalik Selepas ‘Aksi’ Pandu Melulu, Himpit

KUALA LUMPUR – Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komissioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berkenaan mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa terlibat berumur 50-an dan 30-an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

“Mereka bagaimanapun disahkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Isnin, tular video di media sosial kemalangan melibatkan sebuah kenderaan setelah dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain.

Tindakan dua lelaki memandu dengan melulu berakhir dengan kemalangan apabila salah sebuah kereta terlibat hilang kawalan sebelum terbabas dalam kejadian dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

Video tular berdurasi 1 minit 41 saat itu memaparkan kejadian bermula apabila Proton Waja terlibat dipercayai menukar lorong dari lorong kiri ke lorong kanan.


Masa sama Honda City dari arah belakang dipandu seorang lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan Proton Waja itu kemudiannya mengekori rapat sebelum berlaku kejadian himpit menghimpit antara kedua buah kenderaan itu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Deputi Komissioner Mohd Nasri Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dipandu dari Kuantan menuju ke Kedah manakala Honda City dari Temerloh menuju ke Shah Alam.

“Setibanya di lokasi kejadian, Honda City terbabit dipercayai dipandu dengan cuai selain bertindak menghimpit dan menekan brek sehingga menyebabkan pemandu Proton Waja itu gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, akibat kejadian, dua individu iaitu pemandu dan penumpang Proton Waja berkenaan mengalami kecederaan.

“Kedua-dua mangsa terlibat berumur 50an dan 30an mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan.

“Mereka bagaimanapun disahkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Isnin, tular video di media sosial kemalangan melibatkan sebuah kenderaan setelah dipercayai dihimpit sebuah kenderaan lain.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori