KUALA LUMPUR: Polis kini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes yang dilaporkan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata kertas siasatan berkenaan dijangka akan disiapkan dalam tempoh tujuh hari bermula semalam, selepas dia ditahan di Kota Kinabalu, kelmarin.
“Pada masa ini pihak polis menerusi Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sedang melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
“Kita (polis) menjangkakan kertas siasatan ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya, beberapa hari selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini berakhir,” katanya kepada BH hari ini.
Razarudin berkata, kertas siasatan dijangka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, bermula 15 April ini.
“Dalam melengkapkan proses siasatan ini, pihak polis turut memerlukan keterangan daripada saksi-saksi berkaitan bagi mengukuhkan fakta untuk tindakan selanjutnya dan ianya turut memakan sedikit masa.
“Segala cadangan untuk tindakan selanjutnya bakal diputuskan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya, sama ada untuk melakukan pendakwaan terhadap Muhamad Akmal atau mengumpul semula fakta-fakta tambahan lain,” katanya.
Exco Kerajaan Negeri Melaka itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, sebelum ini ditahan sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) Sabah, oleh sepasukan polis dari USJT Bukit Aman.
Muhamad Akmal disoal siasat selama hampir dua jam sebelum dibebaskan pada hari sama selepas rakaman percakapan terhadapnya selesai dijalankan.
Sebelum ini Muhamad Akmal, secara lantang dalam beberapa siri ceramahnya menyuarakan kempen boikot kedai serbaneka KK Mart yang berhadapan dengan isu penjualan stoking kalimah Allah.
BHonline-
Wow, awesome weblog structure! How lengthy have you ever been running a blog for?
you made running a blog glance easy. The overall glance of your website
is great, let alone the content! You can see similar here najlepszy sklep