Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Malaysia Diaibkan UAE Pada...

KUALA LUMPUR - Malaysia nyata bukan tandingan pasukan ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab...

Wakil Rakyat Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Perbuatan wakil rakyat melompat parti mengelirukan rakyat yang memilih mereka,...

Kepala Ke Belakang, Bukan...

BRAZIL – Dia dilahirkan dengan kepala ke belakang, namun kecacatan berkenaan tidak menjadikan...

Tegang! Pembelaan Pertikai Kaedah...

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari keempat kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Lelaki Langgar Mati Tiga Warga Pakistan Mengaku Ambil Dadah

TELUK INTAN : Pemandu Proton Saga yang melanggar mati tiga lelaki warga Pakistan dalam perjalanan menunaikan solat sunat Aidilfitri, Rabu lalu, yang didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengaku bersalah atas tuduhan mengambil dadah.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Mohd Azizol Abdul Rasheed, 36, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret T Ashvinii.

Berdasarkan pertuduhan, pembantu kedai makan itu didakwa memasukkan dadah berbahaya jenis tetrahydro-cannabinol (THC) dan dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) yang dibaca bersama Seksyen 38b (1) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya R Rishan Kumar, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Faustina Francis.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua orang penjamin dan syarat tambahan melapor diri di balai berdekatan setiap dua minggu sekali.


Mahkamah turut menetapkan 5 Jun ini sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan patologi.

Kelmarin, tiga lelaki warga Pakistan maut, manakala tiga lagi parah dirempuh kereta dipandu suspek ketika berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Dalam kejadian di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, dekat Batu 12 Changkat Jong, di sini, apabila sebuah Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan.

Identiti tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Zahir Nur Muhammad, 31; Shayan Mumtazali, 22 dan Adil Noorullah, 33.

Tiga lagi individu cedera ialah Kamran Muhammad Wali, 26; Yasen Afzalsha, 19 dan Salem Said Rasol, 23.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori