KUALA LUMPUR – Lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu, yang baru ditubuhkan semalam.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook parti itu memaklumkan Sekretariat Pejabat Presiden PKR itu, dianggotai Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden dan juga koordinator sekretariat.
Beliau berkata, Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.
Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat itu.
“Sekretariat Pejabat Presiden diamanahkan untuk memartabatkan dan memperkasakan PKR, membantu dan menyelaras pergerakan di semua peringkat parti itu serta memantau aktiviti dan gerak kerja di semua peringkat.”
“Sekretariat Pejabat Presiden juga diamanahkan untuk menyemak perlembagaan parti untuk mengisbatkan (mengesahkan) hala tuju dan masa depan PKR serta memberi pandangan dan cadangan dalam isu-isu semasa yang berbangkit dalam politik negara,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat penubuhan sekretariat itu.
Justeru, Anwar menasihatkan pimpinan dan anggota PKR untuk berganding bahu dalam menggalas tanggungjawab serta mendukung aspirasi parti, demi menjuarai hak dan kebajikan rakyat demi masa depan negara.
Bernama-
Wow, superb weblog format! How long have you ever been blogging for?
you make blogging look easy. The full glance of your website
is great, let alone the content material!
You can see similar here e-commerce