Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perompak Tertinggal Pistol Selepas...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol melarikan beberapa utas...

Lelaki Pukul Isteri Guna...

GUA MUSANG - Seorang lelaki yang dipercayai bertindak memukul isterinya menggunakan topi keledar...

REHDA Mahu Pengecualian GST...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) mahu kerajaan mengecualikan...

Bilik Stor Penyimpan Fail...

SIBU - Bilik stor penyimpanan fail lama Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di...

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka “Poodle” dari China kerana mempunyai identiti nombor mikrocip yang mengelirukan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim dalam kenyataan berkata anjing itu ditahan Selasa lalu hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa pada 10 pagi di tapak pemeriksaan MAQIS di Zon Bebas Komersial (FCZ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, di sini.

“Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import MAQIS.

“Keperluan pemeriksaan nombor mikrocip yang tepat penting bagi memastikan haiwan yang masuk ke dalam negara sama dengan identiti yang tertera dalam Sijil Kesihatan yang diluluskan dari negara asal,” katanya.


Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytiharkan maklumat yang mengelirukan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mohd Sobri berkata tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara untuk memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori