Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Renjatan Elektrik Berlaku Akibat...

Kota Bharu : Polis mengesahkan kematian tiga beradik di Kampung Bendang Surau, dekat...

Indonesia Terbit Al-Quran Terjemahan...

JAKARTA - Kementerian Agama Indonesia pada Khamis melancarkan penerbitan kitab suci Al-Quran yang...

Perak Tak Kecoh Pun...

BEZA... Ketika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali 'heboh' buat gimik publisiti...

Guan Eng, Phang Mengaku...

BUTTERWORTH - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li...

Najib Bersihkan Nama Saya Daripada Salah Laku – Saksi

KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib Razak membersihkan namanya daripada sebarang salah laku berkaitan skandal kewangan syarikat itu pada 2017.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Loo yang juga saksi ke-50 pendakwaan, berkata ia selepas beliau dipanggil memberikan kenyataan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis setahun sebelumnya.

Menurut saksi penting dalam kes 1MDB itu, beliau akhirnya hanya memberi kenyataan kepada BNM, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya oleh kedua-dua pihak berkuasa berkenaan.

“Malah, saya percaya Najib membersihkan (nama) saya.

“Saya masih ingat melihat laporan berita di mana Najib dalam jawapan di Parlimen atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan ketika itu, berkata siasatan ke atas saya dan Casey Tang (eksekutif 1MDB) sudah selesai dan kami dikeluarkan daripada senarai pemantauan BNM,” katanya.

Loo merujuk kepada laporan media bertarikh 8 Mac 2017 berhubung jawapan Najib terhadap jawapan bertulis Anggota Parlimen parti pembangkang, iaitu bekas Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Bagaimanapun, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan bantahan dan menyatakan Loo dan Tang sudah dikeluarkan daripada senarai pemantauan BNM kerana bank pusat itu mengenakan kompaun terhadap 1MDB.


Sebaliknya, peguam itu berkata, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membersihkan saksi itu daripada sebarang salah laku.

Sementara itu, ketika diperiksa balas, oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Loo berkata tidak mungkin transaksi 1MDB yang mencecah bilion ringgit boleh diteruskan sekiranya tidak diluluskan oleh Menteri Kewangan dan Perdana Menteri iaitu Najib.

Beliau sebelum itu ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair, berkata Najib tidak pernah meminta penjelasan daripadanya berhubung dokumen perjanjian yang pernah disediakan beliau berhubung transaksi syarikat terbabit.

Katanya, beliau tidak pernah dipanggil untuk memberikan penjelasan oleh sesiapa termasuk Najib.

“Walaupun dokumen yang disediakan adalah dokumen undang-undang, tetapi sesiapa sahaja boleh memahaminya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori