PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan ke atas Israel untuk membuka lintasan bagi memastikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza dapat disampaikan.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
“Mesti ada campur tangan pelbagai pihak bagi membenarkan bantuan kemanusiaan melintasi pusat pemeriksaan.
“Perancis adalah antara negara pertama yang mencadangkan sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas penduduk Israel yang melakukan tindakan keganasan di Tebing Barat.
“Kami akan teruskan jika perlu untuk mendapatkan pembukaan bantuan kemanusiaan,” katanya.
Kira-kira 33,207 rakyat Palestin terbunuh dalam konflik selama enam bulan, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, semalam.
Sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal dan ramai yang berisiko mengalami kebuluran.
Dilaporkan, Hamas membunuh 1,200 orang di selatan Israel dalam serangan rentas sempadan pada 7 Oktober yang mencetuskan konflik, mengikut jumlah Israel.
BHonline-