Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Remaja Koma Dilanggar Bot...

SEREMBAN - Remaja yang cedera parah akibat dilanggar bot di pantai Telok Kemang,...

CEO Baharu Bernama Diumum...

PETALING JAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) baharu akan...

Tasik Kenyir Kini Bukan...

KUALA BERANG - Kisah keindahan kawasan peranginan Tasik Kenyir yang terhasil daripada Empangan...

“Bukan Dayus, Shuib Berterus-Terang...

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini pelawak Shuib Sepahtu memuat naik gambar motosikal Ysuku...

PKR Atur Gerak Kerja Hadapi PRU16

SHAH ALAM: Tumpuan dan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) adalah antara resolusi yang dicapai pada Konvensyen 25 Tahun PKR, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, berkata ia antara lain turut memfokuskan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) berkuat kuasa sejurus tamat konvensyen berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, ketetapan itu dibuat untuk memastikan hasrat supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi Perdana Menteri bagi penggal kedua tercapai.

“Insya-Allah, saya dengan bantuan rakan pimpinan lain akan mula memanggil mesyuarat kendalian dan kelolaan.

“Kita akan berubah kepada suasana pilihan raya, sejurus tamat konvensyen ini.

“Kita minta sokongan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hingga cabang untuk mula kembali dalam suasana dan tenaga PRU, bermula dengan segala proses kendalian dan penyelarasan peringkat Pusat,” katanya.

Beliau yang Ahli Parlimen Pandan berkata demikian pada sesi resolusi dan rumusan Konvensyen 25 Tahun PKR di di Pusat Konvensyen IdeaL (IDCC) di sini, hari ini.


Selain Anwar selaku Presiden PKR, hadir sama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Selain itu, Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari, Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Seri Aminuddin Harun, Nurul Izzah Anwar, K Saraswathy dan Awang Husaini Sahari.

Rafizi berkata, MPP PKR akan memetakan tanggungjawab kepada semua kepemimpinan dan biro berpandukan kerangka kerja Pemerkasaan Organisasi Parti 25 Tahun (POP25) dan Kerangka Kerja Keadilan Menang Siri PRU16 (KEMAS16).

Katanya, pemetaan tanggungjawab itu bertujuan memastikan semua pimpinan dan biro maklum mengenai tanggungjawab, bidang keberhasilan dan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing.

“Seterusnya, jadual supaya konvensyen ini diadakan di peringkat negeri bermula seawal Mei ini, untuk kita turunkan pula (POP25 dan KEMAS16) di peringkat negeri dan cabang.

“Jadual akan dikeluarkan kemudian supaya MPP dan wakil rakyat tertentu akan mengetuai ‘cascading’ POP25 dan KEMAS16 ke peringkat negeri masing-masing,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori