Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

RnR Gurun Selatan Johan...

GURUN - Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun arah selatan bukan sahaja menjuarai...

Polis Giat Kesan Individu...

IPOH - Polis kini giat mengesan individu yang bertanggungjawab mendera seorang kanak-kanak perempuan...

Memo Pengeluaran KWSP Kepada...

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyerahkan memorandum menuntut...

Bonnie Mengganas Di Kazakhstan

KUALA LUMPUR - Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin terus mengejutkan beberapa lawannya...

Polis Kelantan Perketat Kawalan Elak Suspek Bolos Ke Thailand

KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, tidak bolos ke Thailand.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata beliau sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk berbuat demikian.

“Tindakan diambil kerana dibimbangi suspek kes tembakan itu melalui Kelantan untuk ke Thailand.

“Di sempadan, kita ada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjaga sempadan dan pada masa sama saya mengarahkan semua Ketua Polis Daerah untuk menjalankan risikan supaya dapat mengesan lebih awal pergerakan suspek,” katanya ketika dihubungi.


Terdahulu, dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, seorang suspek lelaki dikenal pasti sebagai Hafizul Hawari, 38, melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya, namun satu das terkena pada pengawal peribadi wanita berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 38 tahun itu bersama dua pengawal peribadi sedang menunggu jemaah umrah di bawah kendalian agensi umrah miliknya dan suami (suspek) yang mendarat di KLIA Terminal 1.

Pistol digunakan suspek disyaki jenis separuh automatik kaliber 9 milimeter (mm) dan diperoleh dari negeri jiran.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori