Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dua Kerja Perlu Untuk...

KUALA LUMPUR - Melakukan lebih satu kerja sudah memang menjadi trend bagi warga...

Buaya Seberat 150 Kilogram...

BEAUFORT - Sekumpulan penduduk gempar seketika dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 2.7 meter...

Video Parodi Dikecam, Wany...

LAGU Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil antara lagu yang tidak terlepas daripada menjadi...

Bandar Kecil Ini Hanya...

SELAMAT datang ke Monowi sebuah bandar kecil di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) yang...

Polis Rampas Pistol Dari Hafizul Ketika Ditahan Di Jalan Bayam

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan di Jalan Bayam, petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Suspek Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.

“Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri,” katanya sambil menambah polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek.


Terdahulu, polis mengesahkan suspek kes tembakan Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

“Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori