Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga India Mengaku Tidak...

KUCHING - Seorang warganegara India dan seorang warganegara Malaysia minta dibicarakan atas tuduhan...

Sambutan Aidilfitri Paling Bermakna...

PELAKON Shaheizy Sam menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini memberikan pengalaman cukup berbeza apabila...

Bila Masjid Brinchang Dapat...

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berharap kerajaan dapat meluluskan projek pembinaan...

Ringgit Dibuka Tidak Berubah...

KUALA LUMPUR - Ringgit didagangkan tidak berubah berbanding dolar US daripada penutup semalam...

Polis Tingkat Pemantauan, Elak Suspek Tembak Di KLIA 1 Bolos Ke Thailand

KANGAR: Polis Perlis menggerakkan anggota bagi melakukan pemantauan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand dalam memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 tidak bolos ke negara jiran.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata pihaknya sudah pun respons terhadap arahan Bukit Aman dalam usaha mengesan suspek.

“Perkara ini sudah pun berada dalam perhatian kita (Polis Perlis) dan kita sudah pun respons dengan arahan Bukit Aman berhubung kes berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah mengkordinasikan elemen milik kita di lapangan untuk pemantauan terutama di sempadan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhammad berkata dalam melancarkan operasi mengesan suspek, pihaknya turut menambahkan keanggotaan kawalan terutama di kawasan yang sering menjadi ‘laluan tikus’ untuk bolos ke negara jiran.


“Setakat ini, tiada individu yang mencurigakan dikesan di negeri ini namun kawalan sempadan masih tetap dilaksanakan seperti biasa.

“Kita turut menambahkan elemen kawalan termasuk risikan kita di sempadan bagi memastikan suspek tidak terlepas ke negara jiran,” katanya.

Difahamkan, risikan polis mendapati suspek yang dikenal pasti sebagai Hafizul Zawari, 38, dipercayai melarikan diri ke utara tanah air.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori