JAKARTA: Bakal Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengunjungi sekutu pentingnya pada 11 April, hari kedua Aidilfitri, menyusuli pertemuannya dengan Presiden Joko Widodo (Jokowi) buat hari kedua berturut-turut.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Menurut seorang pembantu rapat, ‘perbincangan tidak rasmi’ mengenai pembentukan Kabinet masa depan sudah bermula.
Prabowo mengadakan lawatan ke kediaman rasmi Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto, seorang anggota Kabinet yang juga pengerusi Parti Golkar, iaitu ahli gabungan yang menyokong pencalonan Prabowo semasa pilihan raya umum Februari lalu.
Menurut laporan Tempo.Co., pertemuan secara tertutup itu membabitkan beberapa eksekutif Golkar, walaupun perincian perbincangan mereka tidak didedahkan,
Selain itu, Prabowo bertemu Zulkifli Hasan, pengerusi Parti Amanat Nasional (PAN), seorang lagi penyokong pencalonan Prabowo.
Pemangku pengerusi Parti Gerakan Indonesia Agung (Gerindra), Sufmi Dasco Ahmad, secara berasingan berkata, ahli gabungan itu telah memulakan perbincangan mengenai bakal anggota Kabinet.
“Walaupun perbincangan tidak rasmi bermula beberapa hari lalu, keputusan penting akan menunggu keputusan Mahkamah Perlembagaan mengenai pertikaian Pilihan Raya Presiden,” katanya.
BHonline-