Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Projek Lembah Chuping Harus...

PADANG BESAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu projek...

Lelaki Didakwa Simpan 27...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Fathia Kembali Jalin Cinta...

SUDAH hampir setahun, hubungan cinta antara pelakonƂĀ Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia berakhir. Sejak...

Dibuang Kerana Tidak Menarik...

LEBIH banyak kucing berwarna hitam dibuang oleh pemilik mereka hanya disebabkan binatang berkenaan...

Projek Lebuh Raya Bertingkat, Air Perak-Pulau Pinang Dalam Perancangan – Chow

GEORGETOWN : Projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan Projek Air Perak-Pulau Pinang, kini dalam peringkat perbincangan membabitkan pelbagai kementerian Kerajaan Persekutuan, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Justeru, beliau berharap Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua, berikutan keadaan aliran trafik yang semakin mendesak dan Projek Air Perak-Pulau Pinang demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, perkara itu dibangkitkan dalam Taklimat Pembangunan Pulau Pinang yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Komtar semalam, sempena lawatan sehari beliau ke negeri ini.

“Sukacita saya maklumkan Datuk Seri Anwar prihatin dengan kedua-dua projek itu dan dilaporkan dalam perhatian kerajaan Pusat serta sedang dibincangkan dan saya berharap perbincangan terbabit akan membuahkan hasil untuk pelaksanaannya.

“Kedua-dua projek itu juga kini giat dibincangkan pada peringkat kementerian dan bagi Pulau Pinang, kita bersyukur ia sudah sampai ke peringkat perbincangan dan berharap akan ada keputusannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 2nd World Cat Federation Penang International Cat Fiesta 2024 di Spice Arena di Bayan Lepas dekat sini, hari ini.

Chow berkata, jika dua projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, ia mungkin boleh dijalankan menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta dan kaedah pelaksanaannya boleh dirunding.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana menghargai sumbangan Pulau Pinang dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang ekonomi dan industri yang mencatatkan angka memberangsangkan.

Mengulas mengenai lebih 100 keluarga yang masih berada di bawah paras garis kemiskinan tegar di negeri itu, beliau berkata Anwar meminta agar semua keluarga ini dibantu untuk keluar daripada kategori berkenaan dengan segera.

“Sebenarnya di Pulau Pinang, kita ada skim ekonomi saksama, di mana kita membantu menambah pendapatan keluarga supaya mereka tidak lagi berada dalam kategori di bawah garis kemiskinan dan kami akan teruskan skim ini,” katanya.

Selepas taklimat semalam, Anwar berkata Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, akan berusaha membawa keluar lebih 100 keluarga miskin tegar di negeri itu dalam tempoh sebulan, sekali gus membolehkan Pulau Pinang mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 1 Jun 2024.

-Berita Harian

2 KOMEN

  1. Wow, wonderful weblog format! How long have you ever been running a blog for?

    you made blogging look easy. The entire look of your web site
    is wonderful, let alone the content material! You can see similar here najlepszy sklep

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori