Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Sekitar Kejadian Kelab...

EMPAT lelaki dan empat perempuan dilaporkan cedera selepas berlaku letupan di sebuah kelab hiburan di...

Korea Selatan Sedia Berdepan...

KUALA LUMPUR – Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan...

TMT 2017: MAH Sasar...

KUALA TERENGGANU - Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Terengganu (MAH) menyasarkan lebih lima juta...

Nora Sebak Kongsi Berita...

KUALA LUMPUR - "Allahu Akbar, lihat cuaca, tenang dan sejuk sangat. Semoga Allah...

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

KAHERAH – Rundingan damai di ibu kota Mesir bertujuan untuk melaksanakan gencatan senjata di Genting Gaza pada akhir minggu lalu didakwa mencapai ‘kemajuan ketara’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkembangan positif itu dilaporkan rangkaian media tempatan, al-Qahera pada Isnin selepas tiada lagi pertikaian serius terhadap beberapa syarat perjanjian itu.

“Delegasi Qatar dan Hamas yang diketuai Timbalan Ketua gerakan itu di Gaza, Khalil Al-Hayya, telah meninggalkan Kaherah dan dijangka kembali semula dalam tempoh dua hari untuk memuktamadkan kandungan perjanjian tersebut.

“Wakil Israel dan Amerika Syarikat (AS) juga dijangka berbuat demikian,” jelas laporan itu lagi.

Mesir, Qatar dan Washington telah menjadi perantara ketika pusingan rundingan sebelum ini, namun kesepakatan gagal dicapai untuk melaksanakan tempoh bertenang tersebut selepas kali terakhir dikuatkuasakan pada November lalu.


Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan angkuh berkata, mereka bersedia untuk memeterai perjanjian, namun tidak akan menyerah kalah.

Pusingan baharu rundingan itu memfokuskan perjanjian pembebasan tahanan dan memulihkan keadaan di Gaza.

Hamas bagaimanapun mengulangi tuntutan mereka menerusi cadangan pada 14 Mac lalu yang menggesa pengunduran tentera Israel, membenarkan penduduk kembali ke tempat asal mereka dan perjanjian pertukaran tawanan.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori