Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kawalan Perairan Susulan Kematian...

KLUANG - Malaysia akan memperketat kawalan perairan negara terutama di Sabah berikutan kematian...

PBNJ Jamin Harga Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberi jaminan harga tiket...

Bayi Dikelar Ibu Selamat...

TUMPAT - Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Jal Kechik di sini...

Ronaldo, Ranieri Raih Anugerah...

ZURICH - Cristiano Ronaldo menyimpulkan 2016 sebagai tahun terbaik sepanjang kariernya sejurus merangkul...

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Disambung Di Kaherah

KAHERAH – Rundingan untuk mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan bersambung di Kaherah pada Ahad.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Agensi Anadolu, stesen penyiaran swasta Mesir Al-Qahera News melaporkan perkara ini pada Sabtu memetik “sumber Mesir peringkat tinggi’’ yang tidak dinamakan sementara tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa Mesir setakat ini.

Sumber itu berkata, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) Bill Burns, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani dan seorang wakil dari Israel juga menyertai rundingan itu.

Seorang wakil kanan daripada Kumpulan Hamas yang berpangkalan di Gaza juga dijangka tiba di Kaherah atas jemputan Mesir untuk membincangkan perkembangan berkaitan gencatan senjata di Gaza, menurut laporan itu lagi.

Pada Jumaat, seorang pegawai pentadbiran AS berkata, Presiden Joe Biden baru-baru ini mengutus dua surat khas kepada Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi dan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani mengenai usaha untuk menyegerakan rundingan gencatan senjata itu, kata media AS, lapor Agensi Anadolu.


Israel telah melancarkan serangan tentera di Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas dengan lebih 33,100 rakyat Palestin maut dan lebih 75,800 cedera selain kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan kekurangan barangan keperluan.

Israel juga mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza mengakibatkan penduduknya terutama di bahagian utara mengalami kelaparan.

Serangan Israel telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut dengan 60 peratus daripada infrastruktur di sana rosak atau musnah,menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel didakwa melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang pada minggu lepas mengarahkannya untuk meningkatkan usaha bagi mengelakkan kebuluran di Gaza.

Bernama-

1 komen

  1. Wow, fantastic weblog format! How long have you been blogging for?
    you made running a blog look easy. The whole look of your site is fantastic,
    let alone the content! You can see similar here dobry sklep

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori