KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Pesan Anuar, jika mereka berdepan dengan situasi mencurigakan dalam media sosial ataupun aplikasi tertentu, perkara itu hendaklah dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.
“Hati-hati dengan ‘scammer’ yang muncul dengan pelbagai cara.
“Pastikan anda tidak terpedaya dengan ‘scammer’ terutamanya yang membabitkan wang ringgit!
“Kami ingin menegaskan bahawa Anuar Zain tidak mempunyai akaun FB, IG, TELEGRAM, TWITTER, selain daripada FB @anuarzainnetwork,
IG @anuarzainnetwork @anuarzain70, Tik Tok @anuarzainnetwork
dan Telegram https://t.me/anuarzainnetwork.
“Pada sesiapa yang terpedaya dengan ‘scammer’ yang sedang aktif menjalankan aktiviti, anda dinasihatkan untuk terus membuat laporan polis, sekat dan laporkan nombor tersebut dengan secepatnya,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).
Dalam pada itu, Anuar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melaporkan kes penyamaran itu kepada pihak pengurusannya.
“Terima kasih pada mereka yang cepat bertindak dengan menghubungi pihak pengurusan sebelum terus terpedaya dengan scammer,” kata penyanyi Andainya Takdir itu.
Melalui hantaran yang sama, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut berkongsi tangkap layar mesej yang memaparkan perbualan penjenayah siber terbabit dengan mangsa yang dikirimkan kepadanya.
BHonline-