Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PRU15: Hari Mengundi 19...

Tarikh pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 Nov.Ikuti Mynewshub: TelegramHari penamaan...

Dasar Pendidikan Sedia Ada...

PUTRAJAYA: Dasar pendidikan sedia ada termasuk Transformasi Pendidikan yang diperkenalkan oleh pentadbiran sebelum...

13 Sekolah Di Kelantan...

KOTA BHARU - Sebanyak 13 sekolah di tiga jajahan di negeri ini ditutup...

Pemain Terbaik Siri Jelajah...

KUALA LUMPUR - Program Siri Penjelajahan Klinik Latihan AirAsia-Queens Park Rangers (QPR) beri...

‘Siapalah Simpan Dia, Polis Cari Memang Tak Ada…’ – Ibu Bimbang Anak 9 Hari Hilang

MELAKA: Hati ibu mana tidak bimbang, tertekan dan buntu apabila anak perempuan yang keluar rumah sembilan hari lalu, masih belum pulang dan tiada sebarang khabar berita diterima.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Begitu perasaan Nurhazlin Mohamed Noor,43, ketika ini mengenangkan nasib Nur Qasehku Suhaimi Abdul Rahman,13, yang dilaporkan hilang pada 1 April lalu dan bimbang berlaku sesuatu yang buruk ke atas anaknya, termasuk disembunyikan.

“Tolonglah, saya merayu pulangkan anak saya, sudah sembilan hari dia pergi, satu berita pun tak ada. Saya risau, siapalah yang simpan dia, polis cari memang tak ada.

“Ya Allah, mereka tak tahukah akibat sorokkan budak besar kesalahan. Rasa macam nak pecah urat belakang fikirkan sudah sembilan hari anak hilang,” katanya.

Nurhazlin mengakui sebelum kehilangan Qaseh, dia ada menegur anak bongsunya itu berhubung masalah disiplin.

“Saya dipanggil ke sekolah oleh gurunya yang memaklumkan Qaseh ada masalah disiplin. Sebab itu saya tegur dan bertanya apa sebab dia buat begitu.

“Sebelum ini dia seorang periang, namun sejak tiga bulan lalu, tingkah lakunya berubah jadi pendiam,” kata ibu empat cahaya mata itu.


Suri rumah itu berkata, sehari sebelum kehilangan anaknya, mereka sekeluarga sempat berbuka bersama di rumah di Taman Tanjung Minyak Utama, Tanjung Minyak, dekat sini, dan anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Namun, keesokannya kira-kira jam 7 pagi ketika memeriksa bilik tidurnya, saya dapati anak tiada dan pintu pagar rumah terbuka. Saya bimbang, apatah lagi Qaseh keluar rumah tanpa bawa apa-apa dokumen pengenalan diri, beg duit dan telefon bimbit.

“Melalui bantuan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di rumah jiran, saya dapati anak keluar dari rumah jam 2.18 pagi dengan memakai baju T dan seluar hitam serta memakai topi keledar,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan polis menerima laporan berhubung kes itu pada Isnin minggu lalu.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori