Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sistem Integrasi Tiket Komuter...

PUTRAJAYA - Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan KTM komuter dengan perkhidmatan rel lain...

Muhyiddin, Menteri Bersatu Sila...

PETALING JAYA : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi menggesa Presiden Parti...

Lelaki Pulang Ke Rumah...

BENGKULU - Penduduk kampung Desa Rindu Kedui di sini, gempar selepas seorang lelaki tiba-tiba...

Salah Tetapan Autopilot Nyaris...

KESILAPAN autopilot yang berlaku menyebabkan sebuah pesawat Flybe yang membawa 40 penumpang, jatuh...

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, tahun lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, S Kumaraguru, 33, dan isterinya T Agatishwari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh secara bersama dengan niat telah memperdagangkan seorang wanita warga Myanmar, 41, dan wanita warga India, 21, bagi maksud eksploitasi kerja.

Perbuatan itu dilakukan antara Julai hingga Oktober 2023 di sebuah rumah beralamat di Taman Bayu Indera Lukut, Port Dickson.

Dengan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan akan dihukum penjara selama tempoh tidak lebih 20 tahun dan denda.


Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Peguam Hasvinder Singh Gill yang mewakili pasangan itu memohon jaminan RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan alasan suami isteri itu tidak bekerja dan menanggung dua anak yang masih kecil serta ibu bapa masing-masing.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM12,000 terhadap setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan yang dihadapi.

Surita turut menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi.

Sebutan semula pada 30 Mei depan.

BHonline-

1 komen

  1. you are truly a just right webmaster The site loading speed is incredible It kind of feels that youre doing any distinctive trick In addition The contents are masterwork you have done a great activity in this matter

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori