Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tentera Darat Hantar 3...

ARAU - Tentera Darat telah menghantar tiga batalion anggota untuk meningkatkan pengawasan dan...

Fadillah Yusof Disahkan Positif...

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif...

S/U Koperasi Didakwa Terima...

KUALA LUMPUR - Seorang setiausaha sebuah koperasi didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di...

Najib Kongsi Rahsia Atasi...

KUALA LUMPUR - Memberi fokus berterusan terhadap pertumbuhan sambil memastikan setiap rakyat mendapat...

Tidak Perlu Kasih Sayang, Ramasamy Tempelak Sindiran Fahmi

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy menempelak sindirian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil untuk sertai Perikatan Nasional (PN) kerana kekurangan kasih sayang.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau yang juga Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) berkata, buat masa ini beliau tidak memerlukan kasih sayang sebaliknya hanya mahukan kerajaan yang adil kepada kaum India.

“Terima kasih Fahmi kerana mencadangkan saya sertai PN untuk mendapat kasih sayang. Maaf, saya tidak perlukan kasih sayang tetapi kerajaan yang adil kepada golongan India dan rakyat Malaysia patut mendapatkannya.

“Jika Kerajaan Madani boleh mengaibkan orang India maka apa yang mereka boleh lakukan? Adakah perlu mewujudkan peribahasa ‘pipi lain’ supaya boleh ‘ditampar’ lagi?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil membidas cadangan Presiden Urimai untuk memboikot calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.


Menteri Komunikasi itu berpandangan bahawa Ramasamy sepatutnya mendaftarkan diri atau parti beliau menyertai PN.

Dalam pada itu, Ramasamy menegaskan, pihaknya tidak sehaluan dengan parti gabungan pembangkang berkenaan.

“Kami tidak menentang mereka (PN), tetapi kami mahu mereka menghormati dan memartabatkan masyarakat India di negara ini dengan pengorbanan mereka.

“Urimai tidak akan membenarkan mana-mana parti politik atau gabungan mengulangi percubaan lalu untuk mendiskriminasi dan membuli kaum India. Tanpa rasa takut atau pilih kasih kami akan berjuang untuk melindungi integriti orang India,” katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori