ALOR SETAR: Tiga cedera termasuk seorang wanita selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tali air di Kampung Gunung Sali, di sini hari ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah,
berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.45 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria bersama sembilan anggota tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Proton Iswara dipercayai terjunam ke dalam tali air berkenaan.
“Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Anggota Bomba kemudian memberi bantuan awal kepada seorang daripada mangsa yang kritikal manakala dua lagi cedera ringan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Naufal berkata, setakat ini identiti ketiga-tiga masih belum diketahui berikutan dokumen mereka berada dalam kereta terbabit.
Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.14 petang.
BHonline-