Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

MESTI BACA: 106 Soalan-Jawapan...

PELAKSANAAN GST atau Goods and Services Tax bakal berkuatkuasa di negara ini dalam tempoh dua hari...

Indonesia Perketat Harga Tiket...

JAKARTA – Kementerian Pengangkutan Indonesia mengetatkan syarat penjualan tiket tambang murah untuk penerbangan...

KPDNKK Kedah Rampas 1,051...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas...

Isu DLP Tidak Wajar...

KEPALA BATAS : Isu Program Dwibahasa (DLP) bagi pengajaran Sains dan Matematik di...

Tindakan Wanita Simbah OKU Dengan Air Panas Kejam, Tak Berperikemanusiaan – Hakim

BALIK PULAU – Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu antara ditegaskan Hakim Mahkamah Sesyen Balik Pulau, Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin terhadap tertuduh, Oo Saw Kee, 39, yang mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000.

Tegas beliau, apa dilakukan tertuduh amat serius dan mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat yang menggambarkan kebencian terhadap tindakan wanita itu, lebih-lebih lagi tiada sebarang provokasi dibuat lelaki kurang upaya (OKU) terbabit.

“Mahkamah sudah tentu perlu mengambil kira kepentingan awam dan memberi peringatan agar perbuatan ini tidak diulangi mana-mana terutamanya kepada golongan istimewa.”

“Masyarakat majmuk di negara ini tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku lagi,” katanya ketika prosiding, di sini pada Selasa.


Terdahulu, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu jualan mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah pada mangsa dengan menggunakan air panas.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu melakukan kesalahan berkenaan pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park, kira-kira jam 9.24 pagi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Edric Loo.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori