Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Felda United Raih Kemenangan...

SHAH ALAM - Wakil negara, Felda United mencatat kemenangan pertama dalam bola sepak...

PPBM Pinda Perlembagaan, Kaedah...

ALOR SETAR - Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dipinda bagi membolehkan...

Suspek Kes Tembak Toronto...

TORONTO - Lelaki yang dituduh menembak 15 orang dan membunuh dua lagi di...

Jumlah Korban Gempa Bumi...

MIRPUR - Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini,...

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Kuala Lumpur : Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di beberapa lebuh raya utama berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti sambutan Aidilfitri.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Setakat 3.30 petang, terdapat pertambahan kenderaan keluar dari ibu kota dengan trafik perlahan dilaporkan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan dari Gombak menghala ke Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kawasan pendakian menghala terowong Genting Sempah disebabkan sebuah treler rosak di Kilometer 35.3.

“Selain itu, aliran trafik perlahan di Bukit Tinggi ke Lentang dan Petronas Bentong ke Bentong,” katanya ketika dihubungi.


Aliran trafik turut dilaporkan perlahan dari Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Utara ke Terowong Menora, Juru ke Perai dan Permatang Pauh ke Sungai Dua.

Bagi laluan arah Selatan negara, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Senai Utara ke Kulai dan Kempas ke persimpangan Dato’ Onn.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

-Harian Metro

1 komen

  1. Wow, incredible blog structure! How lengthy have you ever been running a blog for?

    you made blogging look easy. The total glance of your site is magnificent, as neatly as the content!
    You can see similar here e-commerce

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori