Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KWSP Perkenal Aplikasi iOS...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengakses rekod...

Raja Muda Perlis Pelawa...

SATUN (Selatan Thai) - Pelancong yang merancang percutian antara April dan Jun ini...

Gempa Sederhana Landa Utara...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher telah...

Tapak Jualan Hangus, Peniaga...

Para peniaga bazar larut malam (uptown) Seksyen 24, Shah Alam menzahirkan rasa kecewa...

Wanita Rugi RM106,012 Terpedaya Beli Emas Murah Melalui TikTok

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian RM106,012 selepas terpedaya dengan penipuan yang menggunakan taktik pembelian emas dengan harga murah melalui media sosial khususnya TikTok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Wanita berusia 29 tahun itu tertipu ketika cuba membeli dua utas gelang emas melalui aplikasi TikTok.

Berdasarkan maklumat, mangsa melakukan 20 kali transaksi pindahan secara dalam talian bagi urusan pembelian itu, dengan jumlah kerugian dialami melebihi RM100,000.

Dalam kes berasingan pula, seorang lelaki berusia 38 tahun mengalami kerugian RM8,000 selepas terpedaya dengan taktik sama ketika cuba membeli dua utas gelang berharga RM3,000.

Mangsa dikatakan tertipu selepas melihat tawaran iklan jualan emas dari aplikasi TikTok sebelum menekan pautan disediakan yang kemudian disambungkan ke Telegram Jualan Emas Ar Rahnu.

Mangsa diarah membuat beberapa transaksi pembayaran tidak munasabah termasuk cukai, bayaran yuran, surat cagaran dan wang jaminan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan mengesahkan perkara itu dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran jualan murah membabitkan barangan kemas di media sosial.


“Modus Operandi kes yang dijalankan seperti sama iaitu tawaran penjualan barang kemas dengan harga murah.

“Buat semakan terlebih dahulu sebelum membuat bayaran dan semakan itu boleh dibuat ke atas nombor akaun atau nombor telefon melalui Portal Rasmi OCID iaitu Semak Mule selain kewujudan syarikat perniagaan boleh disemak melalui SSM MyData.

“Sekiranya ada orang awam terpedaya melalui modus operandi sama boleh segera membuat laporan polis di balai berdekatan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan, sejumlah 108 laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu berkaitan penipuan bagi tempoh seminggu antara 31 Mac hingga kelmarin, dengan 20 kertas siasatan dibuka membabitkan kerugian keseluruhan RM662,903.

Ini termasuk empat kertas siasatan membabitkan penipuan pembelian barangan kemas secara dalam talian melalui media sosial dengan jumlah kerugian RM126,017.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori