KOTA BHARU: Suspek wanita yang menikam teman lelakinya ketika dipaksa melakukan hubungan seks sebelum mayat mangsa ditemui di Dataran Lemang, Maniek Urai, Kuala Krai, pada Isnin lalu, dikesan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Ketua Polis Kelantan. Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek berusia 28 tahun itu berasal dari Terengganu.
“Berdasarkan siasatan kami, suspek berasal dari Terengganu mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam sehingga 9 April ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam media melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan di hadapan tandas awam Dataran Lemang Manek Urai dekat Kuala Krai kelmarin, dengan tiga kesan tikaman pada perut, dipercayai dilakukan seorang wanita yang dipaksa melakukan seks oleh mangsa.
Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin lalu, siasatan awal mendapati, mangsa adalah lelaki tempatan berusia 45 tahun tetapi pemeriksaan di lokasi mayat ditemui tidak menemui sebarang kesan darah.
BHonline-