Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Beberapa Kawasan Di Ibu...

KUALA LUMPUR ā€“ Hujan lebat lebih dua jam yang melanda ibu negara hari...

Tun M Tersungkur Agenda...

KUNJUNGAN buat pertama kali Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Ibu Pejabat DAP malam...

Tak Akan Biar Usaha...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad tidak akan...

Pemuda Ini Perlukan Undian...

IMPIAN anak muda ini cukup besar namun dia masih memerlukan lagi sokongan padu...

11 Wanita Disyaki Terbabit Kegiatan Tidak Bermoral Ditahan Di Labuan

Labuan : Sebelas wanita warga Filipina ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dan kuarters di kawasan Lazenda Commercial Centre di sini, kelmarin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPPā€¦..

Serbuan menerusi Op Noda (Pusat Hiburan) oleh Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan turut menahan penjaga premis berkenaan, pada 10.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah Senior Asisten Komisioner Polis Azmi Abd Rahim berkata, serbuan pertama dilakukan di premis pusat hiburan dan memeriksa seorang lelaki iaitu penjaga premis serta seorang wanita warga Filipina yang mengaku bekerja di premis berkenaan sebagai pelayan.

“Pemeriksaan mendapati visa wanita terbabit meragukan dan soal siasat wanita itu memberitahu bahaya terdapat 10 lagi wanita Filipina yang bekerja sebagai pelayan di premis berkenaan sedang berada di kuarters pekerja pusat hiburan berkenaan.

“Pasukan operasi kemudian menjalankan serbuan dan menahan seramai 10 wanita warga Filipina dan semakan mendapati semua tangkapan mempunyai visa yang meragukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Azmi berkata, kesemua wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu adalah pelayan dan turut disyaki terbabit dalam aktiviti persundalan.

“Pasukan operasi turut merampas semua pasport wanita terbabit dan 11 keping resit ‘ladies drink’

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti pelacuran,” katanya.

Sementara itu, Azmi menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan warga asing yang didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja atau menjalankan aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori