Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Amaran Hujan Lebat Hampir...

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir sehingga pukul 6 petang di...

Imam Palestin Dibunuh Di...

SIASAT... Kerajaan mengesahkan seorang pensyarah universiti swasta warga Palestin yang mati ditembak di...

Lima Sekeluarga Mati Lemas...

HULU TERENGGANU - Lima sekeluarga termasuk dua orang kanak-kanak perempuan mati lemas ketika...

Bekalan Air Kembali Pulih...

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala...

Adakah Salah Berjumpa Dengan Ismail Haniyeh, Tanya PM

Perdana Menteri mempertahankan tindakannya mengadakan pertemuan dengan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, semasa dia berada di Qatar pertengahan bulan ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap pada sesi soal jawab di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei) di Tokyo, Anwar Ibrahim berkata dia dan Ismail sudah berkawan “selama beberapa dekad”.

Justeru, katanya, tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh bertemu.

Anwar menjelaskan semasa pertemuan itu dia merayu kepada Ismail agar mematuhi seruan untuk berdamai, menerima penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin, dan mengadakan pertukaran tahanan.

“Adakah (bertemu Ismail) satu kesalahan? Adakah saya mempromosikan keganasan? (Jawapan saya) Tidak.

“Saya menggesa (Ismail supaya akur dengan usaha perdamaian) kerana saya ada kelebihan. Apa kelebihan saya, kenal mereka (Ismail/Hamas) dan mereka lihat saya sebagai kawan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Pertemuan Anwar dengan Ismail mencetuskan pelbagai andaian terutama apabila Malaysia didakwa menyalurkan dana kepada Hamas yang dianggap pertubuhan pengganas oleh Israel, AS serta sekutu mereka.

Anwar dilaporkan berkata sebagai rakan dia bertanggungjawab untuk mencuba dan mendapatkan penyelesaian secara aman bagi menamatkan konflik Israel-Palestin.


Tambahnya adalah penting untuk melihat keadaan di Gaza sebagai krisis kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Tidak kira ideologi atau hubungan dengan negara lain, bolehkah kita membenarkan, atau menutup mata terhadap kekejaman itu daripada berlaku?” soalnya.

Menurut Anwar, serangan pada 7 Okt yang dilancarkan Hamas – dan dijadikan punca perang di Gaza – tidak sekali-kali dapat memadamkan tujuh dekad penindasan yang dilakukan rejim Zionis terhadap Palestin.

Justeru, tegasnya, itulah alasan untuk Malaysia menyokong penyelesaian konflik dua negara itu.

“Apa yang penting sekarang ialah menghentikan semua pembunuhan, berhenti menembak wanita dan kanak-kanak, serta memusnahkan hospital, sekolah, dan masjid,” jelasnya dipetik sebagai berkata.

Anwar seterusnya menggesa supaya bantuan kemanusiaan dipertingkatkan kepada mereka yang terjejas akibat perang.

Lebih 35,000 rakyat Palestin terbunuh sejak konflik di Gaza tercetus dengan majoritinya membabitkan golongan wanita dan kanak-kanak.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori