Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

343 Peneroka Felda Serting...

JEMPOL – Seramai 343 peneroka Felda Serting Hilir 3 dan 7 hari ini...

Wedding.com.my Tawar Pakej Majlis...

KUALA LUMPUR - Wedding.com.my baru-baru ini telah menjemput lebih 100 tetamu untuk memeriahkan...

DAP Perlu ‘Cuci Kepala’...

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri...

Hidangan Seks ‘Kelas Tinggi’...

TAWAU - Berselindung di sebalik pusat urut dan refleksologi, tiga premis yang menawarkan...

ADUN Sungai Bakap Meninggal Dunia

BUTTERWORTH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim.

Menurut Iszuree, Allahyarham Nor Zamri menghembuskan nafas terakhir jam 1.38 tengahari tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Masjid Sungai Acheh, dekat sini jam 6 petang nanti.

Pada 1 Mei lalu, media melaporkan Nor Zamri, 56, yang mengalami komplikasi di bahagian perut pergi ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk menerima rawatan sebelum beliau dipindahkan ke HSJ.


Beliau kemudian ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.

Nor Zamri atau lebih dikenali YB Abang Zam mewakili suara penduduk Sungai Bakap selepas menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Beliau yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose, selepas meraih 15,433 undi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori