Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Facebook Alat Berkesan Promosi...

NILAI - Laman sosial Facebook boleh dijadikan sebagai medium berkesan bagi mempromosikan hotel...

8 Terbunuh, 30 Hilang...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan kira-kira 30 yang lain masih...

Kerajaan Johor Ucap Takziah...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengucapkan takziah terhadap anggota keluarga pelajar tahfiz, Mohamad...

Najib Saran Kerajaan Baharu...

SHAH ALAM - Kerajaan baharu Sabah disaran untuk memberikan fokus kepada lima perkara...

Anak Istimewa Sarjan Faridah Tercari-cari Ibunya Sejak Semalam

POKOK SENA: Ketika adik-beradiknya meratapi pemergian ibu mereka, Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, Nurul Jannah Noor Azmi yang juga anak ketiga arwah masih tercari-cari di mana anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Anak istimewa berusia tujuh tahun yang menghidap sindrom down itu sangat rapat dengan arwah dan sejak semalam anak ketiga Faridah daripada empat beradik itu mencari ibunya itu tanpa mengetahui wanita berkenaan sebenarnya sudah meninggal dunia.

“Sejak semalam Jannah mencari ibunya dan kami hanya mampu memujuknya walaupun pada hakikatnya ibunya sudah meninggal dunia.

“Jannah anak istimewa (kerana menghidap sindrom down) dan dia sangat rapat dengan arwah… apabila kakak bertugas di Lubnan, dia tinggal bersama bapanya, Noor Azmi Ariffin, 39, yang juga abang ipar saya,” kata adik kandung anggota MALBATT bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) itu, Hafyzoh Abd Rahman, 21.

Faridah meninggal dunia akibat serangan jantung, Sabtu lalu selepas dikatakan rebah sebaik turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan selepas bercuti di Malaysia.

Dalam pada itu, Hafyzoh berkata, anak bongsu arwah kakaknya, Ainur Mardiah yang berusia empat tahun sudah tahu mengenai kematian ibu mereka.

“Buat masa ini, saya jaga mereka berdua selain dua lagi anak arwah, Nurul Shifa Noor Azmi, 13, dan Muhammad Afnan, 10, memandangkan abang ipar masih menguruskan banyak perkara.


“Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergian kakak,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al Anwar di Kampung Tengah, selepas pengebumian jenazah Faridah, hari ini.

Mengenang kenangan bersama arwah, kakaknya sempat membalas kiriman WhatsApp dengan mesej “tengok-tengok sampai kain putih saja macam mana, nak sangat buat kejutan”.

“Saya sayu mengenangkan kembali kata-kata kakak itu dan langsung tidak menyangka ia jadi kenyataan,” katanya.

Dalam pada itu, suasana bertukar pilu apabila empat anak Allahyarhamah menangis ketika pengebumian ibu mereka, pagi tadi.

Malah, suami arwah, Noor Azmi Ariffin, 39, kelihatan sebak ketika bendera Malaysia dan PBB diserahkan Panglima Angkatan Tentera Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Noor Akmar Mohd Dom.

Jenazah Faridah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Anwar Kampung Tengah pada jam 10.20 pagi tadi.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori