Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Microsoft Umum Kurangkan Pekerjaan

SAN FRANCISCO - Microsoft mengumumkan akan mengurangkan jumlah pekerjaan susulan laporan gergasi teknologi...

Jangan Politikkan Laporan RCI...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk...

PAS Terbuka UMNO Guna...

KOTA BHARU - PAS bersikap terbuka terhadap hasrat UMNO yang akan menggunakan lambang...

Dipukul Punggung Hingga Berdarah...

Hanya disebabkan tidak membuat kerja rumah yang diberikan dengan baik, seorang murid sekolah...

Anwar Cadangkan Pertimbang Tahanan Rumah Najib Hanya Selepas Kes 1MDB Selesai

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Perdana Menteri menjelaskan demikian ketika wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar (DEF) 2024 di Doha semalam, menegaskan beliau akan hanya mengesyorkan demikian jika pandangannya diminta oleh Seri Paduka.

Menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak akan diketepikan, Anwar berkata: “Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya dalam slot khas ‘In Conversation With the Prime Minister of Malaysia’ yang dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator.

Anwar mengadakan lawatan kerja ke Qatar bagi menghadiri forum berkenaan sebelum meneruskan lawatan kerja rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz mulai hari ini.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.

“Akhirnya Agong yang akan membuat keputusan. Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan melangkaui (kuasa) Agong,” katanya.


Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO di Country Heights, Kajang, pada 30 Januari lalu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori