Alor Setar : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Kedah yang diadakan di Wisma Darul Aman di sini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perdana Menteri yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Kepala Batas, pada 5 petang disambut Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Kedua-dua pemimpin terbabit kemudian menaiki kenderaan sama ke Wisma Darul Aman selain sempat mengadakan sesi fotografi bersama kepimpinan negeri sebelum memulakan sesi mesyuarat.
Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mewakili Kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat itu adalah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mewakili kerajaan negeri selain Menteri Besar adalah barisan pentadbiran antaranya Exco Industri dan Pelaburan Dr Haim Hilman Abdullah, Exco Pelancongan, Datuk Mohd Salleh Saidin dan Exco Pendidikan, Mohd Azam Abd Samat.
Dalam pertemuan lebih satu jam itu, Muhammad Sanusi membentangkan laporan berkaitan pembangunan negeri selain projek utama yang dalam perancangan bagi dilaksanakan.
Malam ini, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Negeri Kedah di Darulaman Park Jitra.
-Harian Metro
obviously like your website but you need to test the spelling on quite a few of your posts Several of them are rife with spelling problems and I to find it very troublesome to inform the reality on the other hand Ill certainly come back again