Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu Rasis: Bila Cina...

KENYATAAN Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak...

Senarai 10 Negara Dengan...

Penzinaan sudah menjadi sesuatu yang terlalu lazim dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini....

Pemandu Maut Dihempap Kepala...

SIBU – Seorang pemandu lori treler kontena maut selepas tercampak keluar dan dihempap...

Kesan Gaya Hidup, Ramai...

APABILA merujuk kisah rumah tangga, antara isu popular adalah kebimbangan para isteri terhadap...

Bapa Lemas Ketika Cuba Selamatkan Damia, Malik Ikut Terjun Ke Sungai

Hulu Selangor: Memilukan apabila seorang wanita terpaksa menarik jasad suami dan dua anaknya yang lemas di Sungai Balak, Jalan Genting Lama-Batang Kali di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Isteri dan ibu berusia 37, itu meraung kesedihan ketika berusaha menarik tiga jasad insan tersayangnya yang terbunuh dalam tragedi itu.

Difahamkan keluarga berkenaan dari rumah singgah di Kampung Kuantan, Batang Kali di sini, datang ke sungai itu untuk mandi-manda pada hujung minggu.

Ketiga-tiga mangsa yang lemas dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh, 43, serta dua anaknya dikenali sebagai Damia, 9, dan Malik, 6.

Menceritakan kejadian, kakak ipar mangsa, Siti Fairus Samsudin, 40 berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila salah seorang anaknya tergelincir ke dalam sungai berkenaan.

“Dalam masa sama, seorang lagi anaknya juga turut terjun menyebabkan arwah Arif Fadzil Abdul Saleh cuba menyelamatkan anaknya namun gagal.

“Ketika kejadian isteri mangsa sedang menjaga bayi yang juga anak bongsu mereka berhampiran sungai berkenaan sebelum menyaksikan tragedi lemas itu di depan mata,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di Hospital Kuala Kubu Baharu, hari ini.

Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital sebelum membawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan.


“Jenazah tiba di Hospital Kuala Kubu Baharu sekitar 4.30 petang tadi. Kita jangka jenazah akan dikebumikan di Kuala Lipis,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kenyataannya berkata mayat kesemua mangsa ditemukan oleh orang awam pada 1.30 petang dan dibawa ke tepi sungai sementera menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Katanya, kejadian dipercayai berpunca apabila anak perempuan yang berusia sembilan tahun telah tergelincir dan Arif Fadzil kemudian terjun ke sungai untuk menyelamatkannya.

“Tanpa disedari oleh si ibu anak lelakinya yang berusia enam tahun turut terjun ke dalam sungai menyebabkan ketiga-tiga mereka mati lemas.

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan dan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat,”katanya.

Menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihati sentiasa peka dengan keselamatan diri dan anggota keluarga ketika melakukan aktiviti air di kawasan Hulu Selangor bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori