Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pekerja Pizza Dedah No...

MAKLUMAT peribadi penyanyi Nourul Wahab, 38, telah didedahkan kepada sekumpulan lelaki gila seks...

Tommy Thomas Nasihat Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas mengakui beliau telah menasihati kerajaan untuk...

Dasar Monetari BNM Dijangkakan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar monetari negara, kata...

Kemaluan Disengat Ikan Pari,...

AZAB... Seorang lelaki bernasib malang selepas kemaluannya disengat ikan pari semasa berenang di...

Baucar Buku Pelajar Sekolah Disalurkan Petang Ini – KPM

PUTRAJAYA – Pemberian baucar buku melibatkan murid serta pelajar institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disalurkan mulai jam 2 petang Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

KPM menerusi kenyataan memaklumkan, penyaluran baucar RM50 untuk pelajar tahap dua sekolah rendah dan RM100 kepada pelajar sekolah menengah dan penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tersebut dibuat melalui aplikasi DELIMa.

Pelajar perlu log masuk ke aplikasi berkenaan dan klik ikon Kota Buku Digital dan selepas itu perlu mendaftar akaun di Kota Buku Digital.

“Kredit akan dipapar di akaun masing-masing sebelum pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya judul cadangan Madani,” katanya.

Setelah selesai memilih, pelajar boleh daftar keluar dan membuat pilihan bayaran kredit e-kedai.

“Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan,” kata kementerian itu.


KPM berkata, pemberian baucar itu mencerminkan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda.

Ia juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat.

“Pemberian baucar buku seperti diumumkan adalah langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia Madani,” jelas KPM.

Pada Khamis, Anwar mengumumkan bantuan tersebut dan mengarahkan kementerian agar mencari mekanisme penyerahan atau tuntutan baucar buku berkenaan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori