Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hentikan Sengketa, Rakyat Sedang...

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur beberapa...

1,728 Murid Dikesan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Seramai 1,728 murid di seluruh negara dikesan terlibat dalam kegiatan...

Dadah Disembunyi Dalam Bra...

LABUAN - Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana menyeludup dadah di sini...

Pemandu Nyaris Maut Apabila...

LABUAN – Seorang warga emas nyaris maut apabila sebatang pokok berhadapan sebuah kompleks...

Bicara Warga Israel Dagang Senjata, Miliki Peluru Bermula 30 Sept

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan sembilan hari untuk mendengar kes terhadap warga Israel Avitan Shalom atas tuduhan memperdagang senjata dan memiliki peluru di sebuah hotel di ibu negara pada Mac lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Hakim Norina Zainol Abidin menetapkan 30 Sept hingga 3 Okt, dan 7 hingga 11 Okt untuk perbicaraan semasa pengurusan kes hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Menurut timbalan pendakwa raya, Mustaffa P Kunyalam, kira-kira 20 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Terdahulu, Norina membenarkan permohonan pihak pendakwaan meminda tuduhan memiliki peluru yang dikenakan terhadap Avitan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, membabitkan tambahan jumlah peluru daripada 158 kepada 200 butir.

Warga Israel berusia 38 tahun itu, yang memasuki negara dengan mengunakan pasport Perancis yang sah, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac.


Hukuman maksimum bagi pemilikan peluru adalah tujuh tahun penjara, denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Avitan juga berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana berdagang enam senjata api.

Jika didapati bersalah berdagang senjata api, dia berdepan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan enam sebatan.

Avitan diwakili peguam Jeffrey Ooi dan Navinjit Singh, manakala Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim dan Fazeedah Faik bertindak sebagai pendakwa.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori