Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Indonesia Percepat Vaksinasi Sebelum...

JAKARTA – Jurucakap Pasukan Petugas Covid-19, Wiku Adisasmito memaklumkan bahawa pemberian vaksinasi sama...

Azmin Ali Sah MB...

KEMELUT dan teka-teki mengenai siapa yang bakal bergelar Menteri Besar Selangor akhirnya terjawab...

Wanita Buru Pembunuh Suami...

SEORANG isteri tidak pernah berputus asa untuk mencari pembunuh suaminya dan hanya selepas...

Raih Berkat Ramadan Dengan...

KLUANG - “Ambillah seberapa banyak pun, asalkan habis dimakan ketika berbuka puasa kerana...

Bunuh, Bakar Kekasih Hamil: Tertuduh Dibenar Rujuk Psikiatri

Mahkamah Tinggi di Klang hari ini membenarkan permohonan seorang pemuda didakwa membunuh kekasihnya yang hamil pada tahun lepas, dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kebenaran itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mohd Hirman Ab Raub selepas mendengar permohonan dibuat pihak pembelaan tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 21.

Peguam Muhammad Nor Tamrin berkata sebelum ini, pihaknya mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada September 2023, namun ditolak.

“Majistret ketika itu berpandangan bahawa ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya untuk didengar dan diputuskan.

“Permohonan merujuk anak guam saya kepada pakar psikiatri bagi pemantauan lanjut itu dibuat mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Rosnee Mohd Radzuan tidak membuat sebarang bantahan berhubung permohonan yang dibuat pihak pembelaan menerusi prosiding sebutan kes itu hari ini.


Mohd Hirman kemudian menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri dan dokumen lain.

Mahkamah Majistret Sungai Besar pada 21 Mac lepas, memerintahkan kes Muhammad Fakrul Aiman yang didakwa membunuh seorang wanita hamil di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, Sabak Bernam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Klang.

Pada 1 Jun tahun lepas, Muhammad Fakrul Aiman didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh secara kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau pada 22 Mei tahun lepas.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori