Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Samad Persoal Fatwa...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan fatwa yang dikeluarkan...

Bagi Perhatian Pada Pemandu...

ANDA tengok harga kerusi budak dalam gambar ni?Anda rasa sebahagian besar ibubapa mampu...

SK Marian Convent Diumum...

SEKOLAH Kebangsaan Marian Convent, Ipoh diumum sebagai sekolah terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah...

Lelaki Tawar Percutian Percuma...

SEORANG lelaki menawarkan percutian percuma selama enam bulan di kepulauan Caribbean kepada sesiapa...

Cemerlang Walaupun Di Sebalik Tirai Besi

MARANG: Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik tirai besi bukan halangan bagi dua banduan Sekolah Intergriti Penjara Marang, meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 8A dan 4A.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Dua banduan itu dikenali sebagai Mohd Alif dan Ahmad Abdullah, kedua-duanya adalah calon yang menduduki SPM 2023 di penjara itu awal tahun ini.

Mohd Arif berkata, status banduan menjadikan pemangkin semangat buatnya untuk berjaya dalam SPM.

Beliau berkata, dirinya bertekad ingin membuktikan kepada keluarga dan masyarakat yang dia juga mampu berjaya seperti pelajar lain.

“Dengan keputusan SPM ini saya hendak ubah hidup saya… halangan dalam penjara sememangnya banyak tapi saya anggap ia sebagai cabaran.

“Setiap cabaran sama ada kita boleh hadapi atau tidak dan alhamdulillah saya berjaya buktikan pada keluarga dan masyarakat bahawa banduan juga mampu meraih kejayaan,” kata anak sulung daripada enam beradik itu yang berhasrat menyambung pengajian selepas dibebaskan.

Rakannya, Ahmad berkata, dia turut berbangga dengan keputusan SPM yang diperoleh rakannya itu walaupun hanya mereka berdua saja menduduki SPM di sekolah berkenaan.

“Kejayaan yang dikecapi rakan saya itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh cabaran hidup dan kami berdua berharapkan akan sama-sama ke menara gading selepas dibebaskan nanti.


“Sebagai rakan karib Alif, saya bangga dengan kawan saya itu namun jauh sekali untuk mencemburu keputusan yang diperoleh rakan saya itu walaupun saya hanya memperoleh 4A saja,” katanya.

Menurutnya, walaupun 4A ia sudah memadai buatnya dan keputusan itu sudah mampu membanggakan keluarganya terutama ibunya.

Katanya, mereka lazimnya akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan sentiasa memberikan fokus ketika guru sedang mengajar memandangkan mereka berdua tidak mempunyai kemudahan seperti rakan-rakan lain untuk dijadikan rujukan.

Sementara itu, Pengarah Penjara Marang Mohamad Jusoh Ismail berkata, dengan keputusan SPM yang diperoleh calon terbabit membuktikan tiada halangan untuk seseorang berjaya walaupun dimana mereka berada.

“Kita bangga dengan pelajar yang ada di sini walaupun belajar dengan kekangan masa terhad selain kemudahan juga terhad namun mereka boleh juga mengecapi kejayaan.

“Namun, kejayaan ini kalau tiada dorongan daripada guru mereka sendiri selain tanpa minat daripada pelajar sukar untuk mereka mengapai kejayaan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, guru yang mengajar dua pelajar itu banyak memberi dorongan hingga mereka beroleh kejayaan dan pihak penjara akan cuba membantu berdasarkan ketetapan yang ditetapkan oleh jabatan.

BHonline-

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori