Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Sesi Bersama Media Bagi...

KUALA LUMPUR - Sesi bersama media yang menjadi platform bagi pengamal media mengajukan...

Noh Omar: Nepotisme, Inilah...

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyeru agar rakyat membuka...

UniMAP Kini Dalam Kelompok...

ALMATY, Kazakhstan - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini berada dalam kelompok 300 universiti...

Aaron Aziz, Farid Kamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Farid Kamil dan Aaron Aziz di atas...

Dakwa UiTM Amal Sistem Apartheid, Polis Akan Panggil Andrew Sia

KUALA LUMPUR – Sebanyak 38 laporan polis diterima berhubung penulisan kolumnis, Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengamalkan sistem ‘apartheid’.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan memanggil kolumnis terbabit dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

“Semakan ke atas portal itu juga sedang dibuat pihak polis.

“Setakat ini sebanyak 38 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung isu ini,” katanya pada Sabtu.

Tambah Razarudin, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Andrew Sia berhubung penulisannya itu.


Sebelum ini, Veteran UMNO menyokong desakan daripada Pemuda UMNO supaya Andrew Sia tampil membuat permohonan maaf.

Desakan itu permohonan maaf itu sebagai satu tindakan yang terbaik, selain artikel tersebut ditarik semula.

Veteran UMNO menyifatkan artikel Andrew Sia itu lebih berunsur hasutan dan dikategorikan menyentuh (isu) 3R (agama, kaum dan raja-raja).

Malah Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) turut membuat laporan polis terhadap Andrew Sia kerana menggelar UiTM sebagai ‘akademi aparteid’.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori