Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

How-to Write a Simple...

Slim your matter by discovering a particular issue your paper may answer. This...

Tindakan Australia Dedah Akaun...

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini...

Pemeriksaan Mental Model ‘Tanggal...

KUALA LUMPUR - Pemeriksaan mental ke atas bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya...

Anwar Sedar Ada ‘Pengkhianat’...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari ada cubaan sesetengah pihak cuba...

Dibaham Buaya, Mayat Mangsa Lemas Hanya Separuh Badan

Bintulu: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang semasa memasang pukat ikan di kawasan Lubuk Menggeris di Sungai Annau dijumpai hanya separuh badan sahaja petang tadi.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat berkata mayat mangsa Nicholas Daniel berusia 38 tahun dijumpai oleh anak saudara mangsa yang turut serta dalam usaha pencarian itu pada jam 1.41 petang pada pada jarak 8 kilometer dari perahu yang digunakan mangsa semasa memasang pukat petang Khamis lalu.

Menurutnya, pasukan bomba bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja mengeluarkan mayat mangsa dari sungai sejurus menerima makluman berhubung penemuan mayat mangsa.

“Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat tubuh seorang lelaki yang hanya tinggal separuh badan sahaja lagi yang mana bahagian punggung dan kaki termasuk kedua-dua belah tangan mangsa dipercayai dibaham buaya,” katanya.


Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Pos Kawalan Bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

Pada petang Khamis lalu, mangsa dikatakan keluar memasang pukat ikan di sungai dengan menggunakan perahu namun tidak pulang.

HarianMetro-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori