Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan...

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam...

PN Akan Batalkan Pulau...

GEORGETOWN : Cadangan tambakan laut bagi membina Pulau Silikon akan dibatalkan sekiranya Perikatan...

COVID-19: Kenanga Research Unjur...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari pasaran modal negara ini dijangka...

Pelakon Lucah Biar Bayi...

Oregon – Seorang pelakon filem lucah Amanda Marie Hancock yang berusia 21 tahun,...

Empat Individu Masak Di Stesen Minyak Dihukum Denda

Bentong : Empat individu yang tular melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, 12 Mei lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mereka termasuk seorang pembantu pergigian dan ejen hartanah mengaku bersalah di hadapan Majistret Nadhratun Naeiem Zainan.

Nadhratun Naeiem kemudian mengarahkan semua tertuduh membayar denda RM500.

Mengikut pertuduhan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam, 24; Nur Anis Salleh, 24; dan Nur Azira Azman, 23, didakwa mendatangkan bahaya kepada orang lain apabila memasak di stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tular di media sosial klip video memaparkan sekumpulan individu memasak mi segera dengan menggunakan dapur gas mudah alih di sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Perbuatan itu turut mengundang kecaman netizen yang bimbang tindakan itu akan membahayakan keselamatan orang ramai.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori