Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Turki Keluar Dari Syria...

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, menegaskan bahawa Turki tidak akan meninggalkan...

Faiz Subri Dianugerah Pemain...

GEORGETOWN - Pemain sensasi Harimau Kumbang, Faiz Subri yang menjaringkan 'gol ajaib' sehingga...

Minta Sekolah Tak Sembunyi...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu pentadbiran sekolah segera melaporkan sebarang...

Marquez Yakin Cergas Untuk...

VALENCIA - Marc Marquez menolak kebimbangan dia mungkin tidak cergas untuk ujian pertama...

Fakulti AI Pertama Negara Dirasmikan Pada 10 Mei

PARIT : Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang pertama di Malaysia bakal dirasmikan pada 10 Mei ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menyempurnakan majlis perasmian itu yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Pada peringkat permulaan, Fakulti AI bermula di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dan ada juga konsortium dengan universiti lain.

“Ini sebagai permulaan kerana kalau kita mahu menjadikan fakulti itu (AI) benar-benar berkualiti baik, kita boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran yang ada di universiti lain untuk bersama-sama menjayakan penubuhan fakulti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jom Masuk U (JMU) 2024 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus cawangan Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Zambry dilaporkan berkata sebagai permulaan, program Ijazah Sarjana Muda AI telah diluluskan pada peringkat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Januari lalu, dan pelajar kohort pertamanya akan memulakan pengajian pada Oktober depan.


Beliau berkata, pembangunan dan kokurikulum AI sudah dikenal pasti menepati keperluan industri, membabitkan pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sementara itu, Zambry berkata, penganjuran JMU 2024 bertujuan mempromosikan maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan institusi pendidikan tinggi (IPT) bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merangkumi universiti awam, IPT swasta, politeknik serta kolej komuniti, selain membabitkan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Beliau berkata, JMU 2024 diadakan di 10 zon, termasuk di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, UiTM cawangan Sabah dan Sarawak, serta Universiti Malaysia Perlis bermula hari ini hingga 9 Jun depan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori