Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Anwar Dakwa PH Terlalu...

KUALA LUMPUR - Kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah...

Gambar Kapten Jack Sparrow...

SIAPA yang tidak kenal dengan watak popular Kapten Jack Sparrow lakonan Johny Depp...

Jimat Belanja Dapur Tawar...

SUNGAI PETANI - Jualan Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

Gaji CEO Makin Tinggi,...

GAJI ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat di Britain meningkat kepada 11 peratus pada...

Henti Spekulasi Nahas Helikopter TLDM – Mindef

Johor Bahru : Kementerian Pertahanan meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi berhubung punca kejadian nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak yang mengorbankan sepuluh kru pada 23 April lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, laporan siasatan (interim) yang sedang dijalankan adalah bersandarkan kepada fakta dan bukan andaian.

Katanya, kementeriannya memberi laluan kepada pihak jawatankuasa penyiasat ruang sepenuhnya untuk melengkapkan laporan penuh insiden itu dalam tempoh seperti yang ditetapkan sebelum ini.

“Saya tidak boleh cakap apa-apa berhubung perkara itu, bimbang disalah ertikan. Saya tunggu laporan rasmi.

“Sebab itu kita ada laporan siasatan, ada jawatankuasa supaya ia (penyiasatan nahas) betul-betul adalah rumusan bersandar fakta dan bukan kepada andaian.

“Ini sangat penting supaya ia dapat menjaga dan memelihara perjalanan TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya ketika menjawab berhubung spekulasi dan andaian punca nahas itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui selepas Sambutan Hari Raya Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) negeri Johor dan Veteran UMNO Johor di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan juga akan mempertimbangkan untuk meminta bantuan pakar luar negara dalam penyiasatan nahas terbabit.

Bagaimanapun katanya, situasi itu bergantung kepada hasil laporan interim yang dijangka akan diperoleh minggu depan.

“Saya percaya jawatankuasa itu akan mendapatkan kepakaran luar negara apabila ada keperluan kelak.

“Bila laporan interim keluar nanti, kita baru tahu siapa yang kita akan minta bantuan dan tentunya akan dirujuk apabila sampai tahap itu (selepas laporan interim selesai),” katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan dua pesawat jenis masing-masing jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM telah berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi pada 23 April lalu bagi menjalani raptai bersempena sambutan Ulang Tahun Perbarisan TLDM ke-90.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori