Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Elly Mazlein Sedia Timbang...

JIKA sebelum ini penyanyi Elly Mazlein, teguh menyatakan pendiriannya enggan kembali semula bertanding...

Hukuman Ke Atas Timbalan...

PUTRAJAYA - Perbezaan hukuman yang dikenakan terhadap individu yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan...

Keputusan Rayuan Ke Universiti...

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan...

Bekas Guru Dituduh Bunuh,...

Seorang lelaki yang merupakan bekas guru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di...

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal Sederhana 2.0-3.5 Peratus – BNM

KUALA LUMPUR – Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, hal ini secara amnya mencerminkan permintaan yang semakin stabil dan tekanan kos yang terkawal, bersama-sama dengan kemungkinan inflasi meningkat yang berpunca daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
“Prospek sepanjang tahun ini bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga, serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan,” katanya ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 di sini pada Jumaat.
Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2024 disokong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan permintaan luaran yang bertambah baik.
Beliau berkata, pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan akan menyokong perbelanjaan isi rumah.
“Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun merentas sektor swasta dan sektor awam, di samping pelaksanaan inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan induk nasional serta lebih banyak pelaburan yang diluluskan kini direalisasikan.
“Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus bertambah baik,” katanya.
Bagaimanapun, Abdul Rasheed berkata, prospek pertumbuhan terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang kian meruncing dan pengeluaran komoditi dalam negeri yang berkurang lebih banyak.
“Meskipun begitu, terdapat risiko pertumbuhan lebih tinggi yang berpunca daripada limpahan peningkatan yang lebih besar kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih memberangsangkan dan pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat,” katanya.
-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori