Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Baiki Sekolah Daif Guna...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan melihat kepada keperluan pembangunan atau penambahbaikan sekolah...

Video: Lagi Kes Parang,...

KES jenayah dengan menggunakan parang sebagai senjata serangan bukanlah perkara baru.Lihat sahaja kes...

Kumpulan Penculik Guna Pati...

KUNAK - Kumpulan penculik untuk mendapatkan tebusan yang aktif di selatan Filipina dipercayai...

‘Program Ubat Cegah HIV...

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni menafikan laporan bahawa program perintis pemberian ubat...

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta kawasan Universiti Malaya (UM), di sini, petang ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit.

“Kami menerima maklumat pokok tumbang berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Klang Lama yang menghempap empat lori.

“Kita juga menerima laporan kejadian sama di kolej kediaman di UM membabitkan pokok tumbang menghempap tiang elektrik dan menghalang laluan utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di sebuah apartmen di TTDI yang menghalang laluan utama.


“Sebatang pokok juga dilaporkan tumbang di Jalan Long Yew Koh, TTDI, mengakibatkan laluan utama terhalang.

“Semua kejadian tidak membabitkan mangsa. Kerja-kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung pokok tumbang di Jalan Templer menuju Klang Lama jam 6.19 petang tadi.

“Dalam kejadian itu, sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kereta, namun tiada mangsa dilaporkan cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori