Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Ikuti Program...

KUALA LUMPUR - Penajaan Program Khas Haji Perdana Menteri yang diperkenalkan sejak tujuh...

Bom Pesta Arak: 3...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki termasuk pelajar sekolah tingkatan enam di...

Leka Bermain Pokemon GO,...

SUNGAI PETANI - Dua lelaki yang sedang leka bermain permainan maya Pokemon Go...

“Saya Sudah Analisis Liverpool”...

JOSE Mourinho berkata dia tahu pasukan Liverpool lebih baik berbanding musim lalu ketika...

Kasino Kedua Di Malaysia: Sama Sekali Tidak, Kata Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas berkata “tidak” kepada idea kemungkinan kasino kedua di Malaysia.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Bercakap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 di Doha pada Selasa, beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata semua sektor itu, antara lain, memadai untuk mendorong pertumbuhan masa depan.

Beliau berkata justeru, di bawah pentadbirannya, tiada keperluan untuk (lesen) kasino kedua di Malaysia.


“Sama sekali tidak! Malaysia tidak perlu terlibat dalam perniagaan kasino (kedua).

“Kami menumpukan transformasi digital, peralihan tenaga (dan) AI, dan kami percaya ini adalah (antara industri yang) mencukupi untuk memacu negara ke hadapan,” katanya ketika menjawab soalan moderator Haslinda Amin dalam sesi pleno di Doha.

Anwar ditanya sama ada Malaysia mempertimbangkan untuk membenarkan (lesen) kasino kedua di bawah Kerajaan Madani.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori