Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saudi Mungkin Mengaku Wartawan...

WASHINGTON - Arab Saudi sedang menimbangkan kemungkinan untuk mengaku bahawa wartawan Jamal Khashoggi...

Penyelia Tuntut Seks Jika...

RAKAMAN video secara langsung dirakam seorang transgender dari Hawaii, Makana Milho menjadi viral...

Hans Wong Terus ‘Kunci...

PETALING JAYA - Teman lelaki kepada aktres Tasha Shilla iaitu Hans Wong terus...

Harga Kad Prabayar Tetap...

CYBERJAYA - Isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan Cukai Barang...

Kebebasan Media: K’jaan Akan Teliti Cadangan RSF

Kerajaan akan meneliti cadangan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai langkah-langkah bersesuaian bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Sebagai Menteri Komunikasi, kata Fahmi, dia mengalu-alukan kesediaan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa terbabit untuk bekerjasama dengan Malaysia.

“Kita tidak semestinya terima bulat-bulat cadangan mereka, tetapi untuk kita kaji dengan mendalam dan lihat apakah yang sesuai untuk Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC 2024) di Kuala Lumpur hari ini.

Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 disiarkan RSF baru-baru ini menunjukkan kedudukan Malaysia jatuh 34 anak tangga berbanding di kedudukan 73 pada tahun lepas, dengan memperoleh skor 52.07 mata.

Mengulas lanjut Fahmi berkata dia menerima baik laporan berkenaan, namun ia bukanlah satu kayu ukur yang sejati dalam menentukan tahap kebebasan media di negara ini.

Fahmi berkata Indeks Kebebasan Media Dunia itu juga tidak hanya berkaitan dengan Kementerian Komunikasi semata-mata tetapi turut melibatkan akta-akta lain di bawah kementerian berbeza.

“Sebagai contoh, isu-isu berkaitan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Kita tahu pendirian Malaysia mengenai isu itu dan kesesuaian beberapa perkara dalam acuan Asean atau (adat) ketimuran,” katanya.


Fahmi turut membidas kenyataan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang membandingkan kedudukan Malaysia dengan Israel dalam indek berkenaan.

“Berbeza dengan Israel, kita tak bunuh orang seperti yang berlaku di Gaza. Kita juga tidak tutup mana-mana media seperti yang berlaku semalam, Israel tutup dan geledah pejabat Al Jazeera,” katanya.

Mengenai isu penggunaan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam kempen pilihan raya kecil di Kuala Kubu Bharu, Fahmi berkata PH dan PN mengesahkan ia bukan sebahagian daripada kempen kedua-dua belah pihak.

“Individu terbabit telah ditahan, jadi kita serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan jika terbukti berlaku kesalahan, maka Jabatan Peguam Negara boleh bawa kes ke mahkamah. Kita ikut saluran itu,” katanya.

Menurut laporan media dua individu ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada sebuah kenderaan dalam kempen PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada Ahad lalu akan didakwa di mahkamah hari ini.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori