Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kit Siang Cedera Tergelincir...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang, 77, yang juga sekutu politik...

PKR Kemuka Permohonan Maaf...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat permohonan maaf kepada Setiausaha Agung...

Iklan Babi Bersongkok, Bersampin...

NAMPAKNYA, sensitiviti agama makin dipandang ringan pada hari ini oleh segelintir pihak yang...

Kosmo! Kekal Akhbar Melayu...

AKHBAR kompak popular, Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan melakar sejarah apabila kekal menjadi harian berbahasa...

Kelindan Rentung, Lori Rempuh Treler Parkir Tepi Jalan

BENTONG – Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pemandu lori terbabit cedera parah akibat kejadian tersebut.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.44 pagi.

Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman. Pix Ihsan JBPM
“Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama sebuah jentera pemadam dan EMRS dikerahkan ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan berlaku kebakaran lori bonded dan treler setelah berlaku kemalangan iaitu lori tersebut telah melanggar belakang treler yang sedang parkir di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, kemalangan itu telah menyebabkan lori terbakar 100 peratus dan mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera dan seorang lagi lelaki telah rentung di dalam lori.


Seorang kelindan rentung manakala pemandu lori cedera parah dalam kejadian tersebut.

Jelas Zulfadli, treler terbabit telah terbakar di bahagian belakang manakala pemandunya selamat.

Jelasnya, pemadaman dilakukan dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba dan operasi terkawal pada jam 6.03 pagi.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori