Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Murid Meninggal Dunia Akibat...

KOTA KINABALU: Seorang murid di sebuah sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia...

Jangan Panik, Waspada Hadapi...

SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihati penduduk di daerah-daerah...

Youtube Offline Kini Hadir...

FUNGSI YouTube Offline telah diperkenalkan untuk pengguna di beberapa buah negara sebelum ini,...

Kenapa Tajaan Bersalin Che...

"Menaja Che Ta bersalin merupakan satu pelaburan bernilai RM 10 ribu tapi membawa...

Kempen PRK KKB Berjalan Baik, Aman – KP Selangor

SHAH ALAM : Polis Selangor menerima 10 laporan berhubung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu setakat ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata sebanyak lima kertas siasatan dengan dua individu ditangkap dan sudah didakwa di mahkamah.

“Kempen PRK Kuala Kubu Bharu yang berlangsung sejak 27 April lalu akan berakhir tengah malam ini. Dimaklumkan bahawa kempen berjalan dengan baik dan aman sekali.

“Dalam tempoh ini, polis menerima 10 laporan membabitkan dengan lima dibuka kertas siasatan dan kes juga sudah dituduh di mahkamah.

“Kebanyakan laporan ini membabitkan kes mengikut Seksyen 4A(1),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.


Beliau berkata, menjelang hari mengundi esok, seramai 1,133 pegawai dan anggota bersiap sedia di beberapa lokasi tertentu bagi memastikan keselamatan dan keadaan aman terus kekal.

Katanya, orang ramai termasuk calon yang bertanding juga diingatkan agar sentiasa menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen yang berbaki.

“Elakkan sentuh 3R (raja, agama dan kaum), sebarang provokasi serta perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak dingini sekaligus menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis Selangor turut ingin memberi jaminan keselamatan pada setiap pengundi untuk mereka keluar mengundi tanpa sebarang kerisauan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori